Posts

Showing posts from October, 2019

Jenis-Jenis Lebah Kelulut

Image
Jenis-Jenis Lebah Kelulut Terdapat 4 jenis lebah kelulut yang ada di penghasilan produk dalam kampung ini, iaitu: Hetrotrigona Itama Geniotrigona Thoracica (SP) Teragonula Laeviceps Tetrigona Binghami   Hetrotrigona Itama Geniotrigona Thoracica (SP) Teragonula Laeviceps     Tetrigona Binghami    

Tujuan dan Objektif

Tujuan dan Objektif Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui teknologi yang digunakan semasa proses mengambil madu kelulut. Melalui tujuan ini, terdapat beberapa objektif: 1. Untuk mengetahui jenis-jenis madu kelulut yang terdapat di Brunei. 2. Untuk mengenal pasti jenis teknologi yang digunakan untuk mengambil madu kelulut. 3. Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada transformasi yang berlaku (sekiranya ada)

Proses Mengambil Madu Kelulut

Image
Pod Tunggul Kayu Semulajadi Kotak Sarang kelulut lazimnya sememangnya ada di dalam tunggul kayu yang tertentu secara semulajadi namun kini,  penggunaan kotak yang diperbuat daripada kayu diperlukan untuk menutup sarang tersebut. Lebah kelulut membuat sarang yang berbentuk seperti tempayan dengan satu pintu masuk yang dibuat daripada propolis. Kemudian, madu akan dihasilkan sepenuhnya oleh kelulut dalam kedua-dua kotak ataupun tunggul kayu semulajadi tersebut. Untuk mengekstrak madu tersebut, digunakan teknologi yang khusus iaitu mesin penyedut untuk menyedut madu yang telah dihasilkan. Madu tersebut dihasilkan di dalam pod yang perlu dipecahkan terlebih dahulu sebelum diekstrak menggunakan alat penyedut madu.  

Pengenalan

Kelulut adalah binatang yang dipunyai oleh suku Meliponini. Ia adalah binatang yang eusosial terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Dalam ekosistem, kelulut memainkan peranan penting sebagai pendebunga (pollination) bagi banyak spesies tumbuhan, dan untuk pengeluaran lilin, propolis, madu, dan serbuk sari. Propolis adalah pelekat berseri (juga dikenali sebagai gam lebah), terdiri daripada resin, lilin, minyak pati, bijirin debunga, mikronutrien, dan sedikit vitamin. Di dalam sarang lebah, propolis digunakan untuk membaiki keretakan dan kerosakan pada sarang, dan juga untuk mempertahankannya daripada pencerobohan dan pencerobohan mikroorganisma.  Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, beberapa kajian menunjukkan bahawa propolis mempunyai beberapa kandungan seperti antimikrobial, antioksidan, antiseptik, anti-radang, antikulat dan lain-lain yang berguna dalam perubatan. Propolis telah lama digunakan dalam perubatan tradisional dan menyembuhkan sesuatu penyakit tertentu, dan ju...

Jenis Teknologi

Image
Teknologi yang awal digunakan untuk mengambil madu kelulut ialah  alat picagari (syringe). Alat Picagari (Syringe) Kemudian, teknologi untuk mengambil madu kelulut ini diinovasikan menjadi alat penyedut yang terdiri dari botol yang mempunyai ukuran bagi memudahkan bacaan penghasilan dari madu yang disedut dan juga penyedut yang terdiri dari hos dan pam yang membolehkan penyedutan madu berlaku . Alat Penyedut Sebelum kewujudan alat penyedut ini, pengusaha madu kelulut menggunakan alat picagari untuk mengambil madu kelulut. Namun, penggunaan alat picagari ini mengambil jangka masa yang lebih lama untuk mendapatkan madu kelulut. Oleh yang demikian, inovasi dalam pengambilan madu kelulut ini dilakukan untuk menjimatkan masa dan menjamin produktiviti yang lebih baik dari segi kemudahan dan penjimatan masa. PERBEZAAN ANTARA ALAT PICAGARI DAN ALAT PENYEDUT Alat Picagari Alat Penyedut Manual Kurang efektif kerana madu kelulut mengeluarkan madu ya...

Khasiat madu kelulut

KHASIAT MADU KELULUT Madu kelulut asli mempunyai pelbagai khasiat kerana ia mengandungi pelbagai jenis ‘asid fenolik’ yang berguna untuk manusia. Di antara khasiatnya ialah : Mencegah pelbagai penyakit kronik Meningkatkan metabolisme badan Menjaga kecantikan Melambatkan proses penuaan Menguatkan jantung Boleh melawan penyakit kanser Mengatasi masalah tekanan darah tinggi dan darah rendah Menyehatkan anak dalam kandungan Menyembuhkan luka dalaman dan luaran

Laman Utama

Image
Universiti Brunei Darussalam Akademi Pengajian Brunei PB-2301: Komuniti Dan Teknologi Tajuk: 1K1P: Madu Asli Lebah Kelulut, MPK Tungku dan Katok Pengkaji:  Nur Amal Karimah Binti Haji Abdul Karim (16B5000) Amirah Syafiqah Binti Haji Arman (16B5002) Norsyazana Izyan Binti Mohd. Ali Sufian (16B5007) Nor Shaqilah Binti Mohd Sahrul Masdi (16B5011) Adibah Binti Mohd. Alfian (16B5017) Pensyarah: Pg Khairul Rijal Bin Pg Haji Abdul Rahim